Lelaki Semakin Kurang?

Aku bukak muqadimah dengan satu hadis. Aku tahu korang malas baca, tapi sampai bila budaya macam tu nak kasi perap dalam diri? 😐

.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda,

“Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

.

Kena faham, kurangnya lelaki kat sini maksudnya, kurangnya bilangan lelaki yang menjalankan peranannya sebagai lelaki.

.

Apa peranan mereka?

.

…Iaitu melindungi dan menghormati hak wanita dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah kepada Allah.

.

Hari ni, tahun 2018, berapa ramai lelaki yang nak mengubah diri mereka jadi wanita? Elooookk dah Allah jadikan mereka ni lelaki, tapi mereka tanpa rasa takut, mencabar pencipta mereka? 😐

.

Tak yah sebut golongan mereka ni. Ramai. Tak kurang yang femes di laman sosial, punya followers beratus ribu, kaya harta hasil produk (sape lah beli, tolonglah boikot oii!) .

.

Mereka ini, fitrahnya lelaki.

Tetapi memilih untuk mengikut kehendak nafsu.

.

Berjalankah tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya bagi mereka?

.

Sudah amanah dibiarkan, malah, dihenyak, dipijak maruah wanita dengan gaya melampau mereka ada lah. Tengok sendiri cara mereka berkelakuan. Aku sebagai perempuan pun malu dengan cara berpakaian dan aksi tak bertamadun mereka. (Sedihh. Takde sape ke yang boleh tegur mereka? 😪)

.

Agaknya, kalau kita dan mereka dalam satu tempat, kemudian terjadi satu tragedi (contoh, rompakan).

Kau rasa, ‘perempuan jadian’ ni, mainkan peranan mereka sebagai lelaki, atau sama-sama menjerit dengan kita?

Aku serahkan ending cerita pada imaginasi otak korang sendiri.

.

Itu satu contoh lah. Otak aku tak boleh nak expand lebih-lebih. Almaklum, sel otak belum berhubung sangat.

.

Apa aku boleh conclude kat sini?

.

Berbalik pada hadis,

Semakin ramai lelaki tidak menjadi pelindung, makin ramai wanita dieksploitasi dan dikasari.

Jika lelaki semakin kurang, dan wanita semakin ramai,

Itulah saat kiamat semakin tiba.

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s