Aku, Mindset dan Rezeki

Dua tiga minggu ni, aku diserang sakit kepala yang pap pap pap, ketuk kepala. (Maha dahsyat maksud aku.)

Aku memang takde migrain, konfem benda tu. Dan aku mintak jauh lah.

Sakit kepala ni dia datang setiap kali aku mulakan sesuatu pergerakan. Hatta aku toleh ke tepi pun, aku dapat rasakan ada tangan-tangan yang menekan kepala aku. Naik hitam mata, gelap dunia.

Awat, stress ka?

Mungkin. Kot. πŸ˜‘

Tapi tak la sampai depress. Ye, aku pernah melalui episod kemurungan sebelum ni, dan ianya warui desu yakni teruk. Tapi itu bukan topik utama.

Kenapa aku stress?

Sebelum aku teruskan benda ni, aku perlu kosongkan otak. Buang overthinking. Aku taknak terlalu serabut, kang aku bercelaru nak menulis, aku campak laptop ni ke akuarium. Nanti dengan engko sekali naik berserabut. πŸ˜‘

Amaran : Skip post blog ini jika engko mudah trigger. Aku taknak tanggung apa-apa risiko terjadi.

Kasi aku meditate jap. Fuhhh..

Punca utama aku rasa tertekan mungkin disebabkan aku belum dapat kerja. Bahasa lainnya, mengganggur.

La la la la laa.

Aku la penanam anggur berjaya.

(Kami la penyamun di dalam negeri -Nujum Pak Belalang punya penyamun punya lagu)

Ni dah masuk 3 bulan aku menuai hasil tanaman anggur di rumah. Tak semua ada rezeki dapat kerja terus lepas habis belajar.

Haluan setiap manusia selepas belajar berbeza. Mengikut kehendak, rezeki dan takdir masing-masing. Ada yang terus kawin, ada yang bukak bisnes sendiri, ada yang berlari ke minat tersendiri jauh dari bidang dan ada juga yang sudah bertemu pencipta. πŸ˜”

Dan kategori paling graduasi taknak adalah kategori ini. Mengganggur.

*FacePalm πŸ˜‘

Mengganggur boleh jadi dua keadaan. Pengganggur yang bahagia, dan pengganggur yang derita.

Pengganggur yang bahagia.

Mereka ini mengganggur dengan aman dan damainya di rumah, tanpa ada tekanan yang berat dari pihak lain. Contoh, parents kau tak desak kau untuk cari kerja, menerima dan memahami kau untuk bercuti dari penat belajar selama beberapa bulan. Golongan begini, aku kira beruntung. Tahniah beb!

Pengganggur yang derita,

adalah pengganggur yang dikecam, dikerah sehingga memberi tekanan mental kepada watak utama. Tekanan dari keluarga, menjadi bahan umpatan jiran tetangga, mengecilkan diri dari kawan yang sudah berkerjaya, semestinya perkara ni menyedihkan bukan?

TAPI, BUKAN KE SETIAP ORANG BERHAK MEMBUAT PILIHAN SENDIRI KE ATAS HIDUP DIA?

Ya, setiap orang ada hak untuk menentukan macam mana dia nak hidup, mencorakkan kehidupan dia sendiri. Kenapa harus terikat dengan satu tali pilihan sahaja sedangkan kau ada seribu lagi untaian tali yang kau boleh pilih dan warnakan sendiri mengikut kehendak kau?

Jadi, apa aku buat?

Aku tanya bertubi-tubi ke diri aku.

Kenapa letakkan diri kau dalam golongan mereka yang derita sedangkan kau boleh pilih untuk bahagia?

Tak puas hati, aku tanya diri aku lagi.

Apa yang kau takutkan? Perkataan yang keluar dari mereka yang tidak mengenal dan memahami diri kau? Siapa mereka untuk tentukan hidup kau?

Aku paksa lagi otak aku untuk berfikir. Kali ni dengan lebih tenang.

Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Apa kata kau lalui hari-hari kau dengan perasaan terbuka. Gembira. Menerima setiap apa yang berlaku sudah tertulis. Yakin rezeki aku ada cuma belum tiba.

Aku betulkan balik mindset aku.

Aku keluar dari kotak pemikiran normal.

Aku masuk ke dalam dimensi dunia aku sendiri.

Aku lepaskan diri dari pelukan negatif (aku gelar dia The Demon yang hidup dalam badan aku).

Tenang.

Rezeki itu tak pernah salah alamat.

Aku yakin benda tu. Sebagai Muslim, ada tiga benda yang dah ditentukan, bukan?

Jodoh, ajal dan rezeki.

Aku yakin rezeki untuk aku dah siap tersimpan elok cuma belum masanya untuk aku terima.

Rezeki tu datang dalam pelbagai jenis dan cara. Kerja, duit, material, itu semua bentuk rezeki. Dan rezeki yang aku dapat sekarang adalah masa untuk keluarga.

Semua benda yang jadi ada hikmahnya. Allah kasi peluang untuk aku duduk rumah, meluangkan masa dengan keluarga, adik-adik aku. Bantu diorang prepare untuk exam UPSR, PT3 dan SPM. Yang sebelum ni aku kurang berikan tumpuan kerana belajar.

Hikmah yang besar.

Bersangka baiklah dengan Allah. 😊

Tapi, kau tak boleh la goyang kaki duduk rumah tunggu kerja datang bergolek langgar kaki kau. Mana kau punya usaha?

Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal bukan?

Mintak kat Dia.

Allah tu Maha Kaya. Dia cuma nak dengar kau ni nak mintak ke tak kat Dia. Ni, tikar sejadah pun dah berhabuk kat almari, doa lagi entah ke mana. *Facepalm

Kepada mereka yang masih mengganggur, jangan putus asa meneroka di mana rezeki kita. Pedulikan gosip-gosip mak jemah.

Kepada yang sudah berkerjaya, semoga Allah mudahkan urusan korang dan doakan kami ni pulak ada kerja yop?

Dah lah. Aku nak sambung buat dropship. Usaha la jugak tu yob? Kuikui. *Garu-garu kepala, sambil sapu minyak Yuyi.

Leave a comment