Aku, Mindset dan Rezeki

Dua tiga minggu ni, aku diserang sakit kepala yang pap pap pap, ketuk kepala. (Maha dahsyat maksud aku.)

Aku memang takde migrain, konfem benda tu. Dan aku mintak jauh lah.

Sakit kepala ni dia datang setiap kali aku mulakan sesuatu pergerakan. Hatta aku toleh ke tepi pun, aku dapat rasakan ada tangan-tangan yang menekan kepala aku. Naik hitam mata, gelap dunia.

Awat, stress ka?

Mungkin. Kot. 😑

Tapi tak la sampai depress. Ye, aku pernah melalui episod kemurungan sebelum ni, dan ianya warui desu yakni teruk. Tapi itu bukan topik utama.

Kenapa aku stress?

Sebelum aku teruskan benda ni, aku perlu kosongkan otak. Buang overthinking. Aku taknak terlalu serabut, kang aku bercelaru nak menulis, aku campak laptop ni ke akuarium. Nanti dengan engko sekali naik berserabut. 😑

Amaran : Skip post blog ini jika engko mudah trigger. Aku taknak tanggung apa-apa risiko terjadi.

Kasi aku meditate jap. Fuhhh..

Punca utama aku rasa tertekan mungkin disebabkan aku belum dapat kerja. Bahasa lainnya, mengganggur.

La la la la laa.

Aku la penanam anggur berjaya.

(Kami la penyamun di dalam negeri -Nujum Pak Belalang punya penyamun punya lagu)

Ni dah masuk 3 bulan aku menuai hasil tanaman anggur di rumah. Tak semua ada rezeki dapat kerja terus lepas habis belajar.

Haluan setiap manusia selepas belajar berbeza. Mengikut kehendak, rezeki dan takdir masing-masing. Ada yang terus kawin, ada yang bukak bisnes sendiri, ada yang berlari ke minat tersendiri jauh dari bidang dan ada juga yang sudah bertemu pencipta. 😔

Dan kategori paling graduasi taknak adalah kategori ini. Mengganggur.

*FacePalm 😑

Mengganggur boleh jadi dua keadaan. Pengganggur yang bahagia, dan pengganggur yang derita.

Pengganggur yang bahagia.

Mereka ini mengganggur dengan aman dan damainya di rumah, tanpa ada tekanan yang berat dari pihak lain. Contoh, parents kau tak desak kau untuk cari kerja, menerima dan memahami kau untuk bercuti dari penat belajar selama beberapa bulan. Golongan begini, aku kira beruntung. Tahniah beb!

Pengganggur yang derita,

adalah pengganggur yang dikecam, dikerah sehingga memberi tekanan mental kepada watak utama. Tekanan dari keluarga, menjadi bahan umpatan jiran tetangga, mengecilkan diri dari kawan yang sudah berkerjaya, semestinya perkara ni menyedihkan bukan?

TAPI, BUKAN KE SETIAP ORANG BERHAK MEMBUAT PILIHAN SENDIRI KE ATAS HIDUP DIA?

Ya, setiap orang ada hak untuk menentukan macam mana dia nak hidup, mencorakkan kehidupan dia sendiri. Kenapa harus terikat dengan satu tali pilihan sahaja sedangkan kau ada seribu lagi untaian tali yang kau boleh pilih dan warnakan sendiri mengikut kehendak kau?

Jadi, apa aku buat?

Aku tanya bertubi-tubi ke diri aku.

Kenapa letakkan diri kau dalam golongan mereka yang derita sedangkan kau boleh pilih untuk bahagia?

Tak puas hati, aku tanya diri aku lagi.

Apa yang kau takutkan? Perkataan yang keluar dari mereka yang tidak mengenal dan memahami diri kau? Siapa mereka untuk tentukan hidup kau?

Aku paksa lagi otak aku untuk berfikir. Kali ni dengan lebih tenang.

Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Apa kata kau lalui hari-hari kau dengan perasaan terbuka. Gembira. Menerima setiap apa yang berlaku sudah tertulis. Yakin rezeki aku ada cuma belum tiba.

Aku betulkan balik mindset aku.

Aku keluar dari kotak pemikiran normal.

Aku masuk ke dalam dimensi dunia aku sendiri.

Aku lepaskan diri dari pelukan negatif (aku gelar dia The Demon yang hidup dalam badan aku).

Tenang.

Rezeki itu tak pernah salah alamat.

Aku yakin benda tu. Sebagai Muslim, ada tiga benda yang dah ditentukan, bukan?

Jodoh, ajal dan rezeki.

Aku yakin rezeki untuk aku dah siap tersimpan elok cuma belum masanya untuk aku terima.

Rezeki tu datang dalam pelbagai jenis dan cara. Kerja, duit, material, itu semua bentuk rezeki. Dan rezeki yang aku dapat sekarang adalah masa untuk keluarga.

Semua benda yang jadi ada hikmahnya. Allah kasi peluang untuk aku duduk rumah, meluangkan masa dengan keluarga, adik-adik aku. Bantu diorang prepare untuk exam UPSR, PT3 dan SPM. Yang sebelum ni aku kurang berikan tumpuan kerana belajar.

Hikmah yang besar.

Bersangka baiklah dengan Allah. 😊

Tapi, kau tak boleh la goyang kaki duduk rumah tunggu kerja datang bergolek langgar kaki kau. Mana kau punya usaha?

Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal bukan?

Mintak kat Dia.

Allah tu Maha Kaya. Dia cuma nak dengar kau ni nak mintak ke tak kat Dia. Ni, tikar sejadah pun dah berhabuk kat almari, doa lagi entah ke mana. *Facepalm

Kepada mereka yang masih mengganggur, jangan putus asa meneroka di mana rezeki kita. Pedulikan gosip-gosip mak jemah.

Kepada yang sudah berkerjaya, semoga Allah mudahkan urusan korang dan doakan kami ni pulak ada kerja yop?

Dah lah. Aku nak sambung buat dropship. Usaha la jugak tu yob? Kuikui. *Garu-garu kepala, sambil sapu minyak Yuyi.

Advertisements

Lelaki Semakin Kurang?

Aku bukak muqadimah dengan satu hadis. Aku tahu korang malas baca, tapi sampai bila budaya macam tu nak kasi perap dalam diri? 😐

.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda,

“Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

.

Kena faham, kurangnya lelaki kat sini maksudnya, kurangnya bilangan lelaki yang menjalankan peranannya sebagai lelaki.

.

Apa peranan mereka?

.

…Iaitu melindungi dan menghormati hak wanita dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah kepada Allah.

.

Hari ni, tahun 2018, berapa ramai lelaki yang nak mengubah diri mereka jadi wanita? Elooookk dah Allah jadikan mereka ni lelaki, tapi mereka tanpa rasa takut, mencabar pencipta mereka? 😐

.

Tak yah sebut golongan mereka ni. Ramai. Tak kurang yang femes di laman sosial, punya followers beratus ribu, kaya harta hasil produk (sape lah beli, tolonglah boikot oii!) .

.

Mereka ini, fitrahnya lelaki.

Tetapi memilih untuk mengikut kehendak nafsu.

.

Berjalankah tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya bagi mereka?

.

Sudah amanah dibiarkan, malah, dihenyak, dipijak maruah wanita dengan gaya melampau mereka ada lah. Tengok sendiri cara mereka berkelakuan. Aku sebagai perempuan pun malu dengan cara berpakaian dan aksi tak bertamadun mereka. (Sedihh. Takde sape ke yang boleh tegur mereka? 😪)

.

Agaknya, kalau kita dan mereka dalam satu tempat, kemudian terjadi satu tragedi (contoh, rompakan).

Kau rasa, ‘perempuan jadian’ ni, mainkan peranan mereka sebagai lelaki, atau sama-sama menjerit dengan kita?

Aku serahkan ending cerita pada imaginasi otak korang sendiri.

.

Itu satu contoh lah. Otak aku tak boleh nak expand lebih-lebih. Almaklum, sel otak belum berhubung sangat.

.

Apa aku boleh conclude kat sini?

.

Berbalik pada hadis,

Semakin ramai lelaki tidak menjadi pelindung, makin ramai wanita dieksploitasi dan dikasari.

Jika lelaki semakin kurang, dan wanita semakin ramai,

Itulah saat kiamat semakin tiba.

Wallahualam.

Tinta Si Kosong

Assalamualaikum wbt.

Orang kata kalau tak kenal, maka?

Tak cinta la bro.

Lapuk la engko. Bukan lah. Tak kenal maka,

Taarufff. 🐰

Baik. Ni adalah sedikit coretan buruk dari aku. Jadi, aku ni siapa?

Aku adalah Optimus Prime Decepticon. Anak beranak E.T. Dilahirkan di sebuah bulan berkuah kepunyaan planet Unknown. I’m mysterious blogger senang citer. 😝

Tinta Si Kosong? Maksudnya apa dia?

Aku dapat banyak komen masa aku create FB menggunakan nama ni sebagai subname.

Okey, mula-mula sekali aku bagitahu asal silah nama buruk ni dulu ok? Tercipta nama ni secara pop-up dalam kepala otak macam iklan tv. Takdenya nak kena cari kat Google, beli buku nama anak soleh dan cantik.

Tidak tidak. Apa kau ingat nak namakan anak? Anak kucing aku ada lah.

Tinta tu apa? Tinta tu kalau tak silap aku maksud dia catatan. Coretan la gitu, dalam bahasa lama guna tinta. Eh, rasanya lah. Eh main rasa-rasa pulak.

Ye lah. Tinta tu coretan a.k.a catatan a.k.a tulisan a.k.a suka hati aku nak tulis apa.

Si Kosong pulak? Kalau kau baca komik Lawak Kampus maka kau kenal watak ni.

Ni mamat tu. 👇

Gambar ambik kat Google Images.

Haa. Mamat ni nama dia Si Kosong sebab dia selalu dapat kosong dalam exam.

Kiranya, demo ni selalu dapat kosong la dalam exam sebab tu letak nama watak tu kan?

Eh apa kome ni. Tak baik sangka buruk kat kite. Kechik hati. Kita top student ok. Dak-dak dekan.

Ok. Booo sama diaa. (Sebab riak.)

Tinta Si Kosong, aku ciptakan untuk meluahkan dan menzahirkan apa yang bermain dan berlari dalam kepala aku. Coretan yang tidak terlalu berisi dengan bahan ilmiah atau ilmu, tapi tidak juga terlalu kosong.

Melalui watak Si Kosong, menceritakan aku yang kecik, kerdil dan tak dikenali, tetapi nak mencoretkan sedikit tulisan di sini. Boleh kan?

Ahhh. Malas la aku nak bercerita panjang. Asal kome dah tahu basic pasal aku. Aku pun bukannya ada followers. Berangan je jemah.

Adios. Singgah beradu kejap di planet kelahiran.